Tanah Runtuh Halang Laluan Ke Cameron Highlands – Polis

- Advertisement -

TAPAH – Kejadian tanah runtuh mengakibatkan laluan di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pada Isnin terhalang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 4.25 petang mengakibatkan laluan kedua-dua hala terpaksa ditutup kepada kenderaan.

“Maklumat diterima daripada orang awam berlaku kejadian tanah runtuh. Tiang elektrik juga telah tumbang dan menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang.

“Pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) telah ke lokasi kejadian namun, sehingga kini maklumat lanjut belum diperoleh berikutan kesukaran alat perhubungan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda.

“Maklumat kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk tindakan lanjut.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Belati Wangsa dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan,” jelasnya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat