PKR Perak Pertikai Adun PH Gesa Anwar Letak Jawatan Ketua Pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gesaan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan Ketua Pembangkang susulan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dianggap sebagai menjengkelkan dan tidak menggambarkan semangat perpaduan.

Sehubungan itu, Majlis Pimpinan PKR Perak menyifatkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen sebagai berniat menggoncang keharmonian yang tersemai utuh dalam PH.

“Walaupun pada hakikatnya kita mengakui bahawa Pakatan Harapan telah tewas dan mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan pasca PRN Melaka baru-baru ini. Namun kegagalan tersebut tidak wajar ditanggung oleh seorang individu sahaja.

“Saya menyeru supaya kepimpinan tertinggi DAP untuk mengambil maklum tentang dakwaan ADUN mereka yang dilihat cuba memecah-belahkan semangat perpaduan dan keharmonian koalisi Pakatan Harapan,” ujar Pengerusi, Farhash Wafa Salvador dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin.

Beliau dalam pada itu menyeru agar kepimpinan parti di peringkat Cabang, Negeri mahupun Pusat menumpukan seluruh tenaga dan perancangan gerak kerja dari saat ini.

“Ia supaya kita sentiasa bersedia apabila semboyan Pilihanraya Umum Ke -15 sudah ditiupkan,” jelasnya lagi.

Beliau turut meluahkan harapan agar saf kepimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan terus memelihara disiplin organisasi yang lebih matang dan istiqamah dalam perjuangan.

Dalam masa sama, Farhash mengingatkan semua pihak bahawa keputusan organisasi adalah tanggungjawab bersama.

Untuk rekod, PH hanya memenangi lima kerusi dalam PRN Melaka berbanding 15 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum 2018. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat