Mansuh UPSR, PT3 tak jejas keputusan SPM

KUALA LUMPUR – Pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tidak menjejaskan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, perkara itu berdasarkan penilaian dan statistik kementerian terhadap keputusan SPM pada tahun 2023 dan 2024.

“UPSR dan PT3 telah digantikan dengan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dilaksanakan di peringkat sekolah,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang bertanya sama ada UPSR dan PMR akan dikembalikan pada masa hadapan bagi mengelakkan keciciran murid.

Kah Woh turut menjelaskan semua soalan bagi UASA disediakan oleh sekolah masing-masing berpandukan jadual spesifikasi ujian ditetapkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), iaitu badan sama menguruskan peperiksaan SPM dan sebelum ini mengendalikan UPSR serta PT3.

“Oleh itu, dari segi standard dan latihan guru, guru-guru telah diberi latihan dan kuasa autonomi untuk melaksanakan yang terbaik demi kebaikan murid masing-masing,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat