Saya Dah Lali Tengok Tular Senarai Kabinet Mainan Pihak Tertentu – Noh Omar

Sokongan global perlu bagi tangani COVID-19

PUTRAJAYA: Usaha setiap negara menentang penularan COVID-19 ketika ini perlu mendapat sokongan dan kerjasama di peringkat global. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata saling...

Muhasabah Diri Peja – Farhash

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihati Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya bermuhasabah diri setelah...

Zambry, Saarani Calon MB Perak Yang Baharu?

CYBERJAYA - Barisan Nasional (BN) Perak dijangka menamakan Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir sebagai calon Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal...

Najib Tanya Apa Jadi Kereta Terbang Nasional?

KUALA LUMPUR – Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menerbitkan idea pengeluaran kereta terbang nasional, namun sehingga...

Terima Kasih Semua, Saya Redha – Ahmad Faizal

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menerima keputusan Dewan Undangan Negeri Perak dan tidak akan memanjangkan krisis politik ini dan akan memberi...

SHAH ALAM – Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menafikan senarai barisan Kabinet baharu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Noh, senarai yang membariskan nama-nama menteri baharu itu adalah tidak benar dan hanyalah mainan politik pihak tertentu.

Beliau berkata, dengan keadaan negara berdepan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini, rombakan Kabinet amat tidak bersesuaian untuk dilaksanakan.

“Tambahan pula, menteri-menteri yang bertugas sekarang pun baru beberapa bulan berkhidmat dan lebih baik kita utamakan tangani Covid-19 dulu.

“Kalau hal berkenaan senarai Kabinet tular ini, saya sudah lali sebab pernah berlaku beberapa kali sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular senarai barisan Kabinet baharu kerajaan di media sosial yang turut mengaitkan Noh sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Difahamkan, barisan Kabinet juga akan mengadakan mesyuarat khas Jemaah Menteri di Pejabat Perdana Menteri pada jam 9.30 pagi esok.

Mengulas mengenai mesyuarat berkenaan, Noh berkata, berdasarkan pengalaman beliau, setiap menteri tidak pernah dimaklumkan langsung sekiranya terdapat rombakan Kabinet.

“Ia (rombakan) adalah kuasa autonomi dan kebijaksanaan Perdana Menteri.

“Saya sendiri beberapa kali pernah tukar portfolio menteri sebelum ini dan tidak pernah sekali pun kami dimaklumkan terlebih dahulu jika berlaku rombakan Kabinet,” katanya.

Menurutnya, keutamaan yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan buat masa ini adalah bagi menangani Covid-19 dan melaksanakan penyambungan moratorium buat rakyat yang terkesan. – Sinar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Muhasabah Diri Peja – Farhash

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihati Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya bermuhasabah diri setelah...

Najib Tanya Apa Jadi Kereta Terbang Nasional?

KUALA LUMPUR – Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menerbitkan idea pengeluaran kereta terbang nasional, namun sehingga...

Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti Adun Perak

IPOH - Yang Di Pertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato' Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumumkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal...