COVID-19: Kes Harian Sebenar Sabah Diketahui Selepas 6,653 Ujian Tertunggak Selesai

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah...

Rajinikanth Ikrar Bawa Kerajaan Bebas Rasuah

CHENNAI: Bintang filem terkemuka India, Rajinikanth mengumumkan secara rasmi untuk menyertai politik dan berikrar untuk membawa kerajaan 'bebas rasuah' ke negeri asalnya. Hero filem aksi...

Singapura Nafikan Laporan Lebih 100 Pekerja Malaysia Merempat

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura,...

WHO Puji Janji-Janji Penubuhan Vaksin COVID-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melihat keupayaan firma-firma biotek untuk membekalkan vaksin melawan COVID-19 sebagai sesuatu yang “luar biasa” dan mampu mengubah nasib pandemik,...

Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan...

KOTA KINABALU – Jumlah sebenar kes harian COVID-19 di negeri ini hanya akan diketahui selepas 6,653 ujian tertunggak diketahui keputusannya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Negeri Sabah bagi COVID-19 berkata jumlah diumumkan setakat ini tidak menggambarkan jumlah kes harian yang tepat kerana ia adalah campuran bagi kes harian sebenar dan kes daripada ujian tertunggak yang didapati positif.

Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata tiada tarikh ditetapkan untuk menyelesaikan ujian tertunggak itu dan pihaknya berharap ia dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Mudah-mudahan bila dapat selesaikan kes tertunggak ini kami dapat angka lebih realistik dan suatu cerminan tepat kes Sabah…kami harap diselesaikan segera, tiga hospital swasta dilantik untuk bantu dan ia (ujian) dihantar terus ke Kuala Lumpur untuk proses,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Sabah kekal mencatat kes tertinggi COVID-19 hari ini dengan 578 kes daripada keseluruhan 847 kes seluruh negara.

Sementara itu, ditanya tentang kejadian seorang wanita berusia 63 tahun yang disahkan positif COVID-19 ditemukan mati setelah dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I di sini malam tadi, Masidi berkata siasatan tentang kes itu masih dijalankan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan merupakan penghuni sebuah rumah kebajikan di sini dan pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

“Pihak polis masih siasat punca sebenar kes ini, setakat yang kami tahu mendiang betul dimasukkan (ke hospital) akibat COVID-19 tetapi discaj hari ini (setelah disahkan bebas COVID-19) kerana itu polis masih siasat punca kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata semua pusat rawatan untuk COVID-19 di negeri ini masih mempunyai jumlah katil yang mencukupi bagi memenuhi keperluan rawatan penyakit itu walaupun katil di hospital kini digunakan pada kadar yang maksimum.

“Selain hospital, kerajaan ada 23 pusat rawatan yang ditempatkan pesakit COVID-19 berisiko rendah tahap satu dan dua, ini sedikit sebanyak memberikan ruang buat hospital merawat pesakit yang lebih serius,” katanya.

Masidi berkata setakat ini seramai 13 guru, 27 pelajar dan dua petugas Jabatan Pendidikan Sabah telah dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani rawatan.

“Punca jangkitan guru, pelajar dan petugas ini masih disiasat, buat masa ini punca jangkitan ini kami tidak kesan daripada mana-mana kluster yang dilaporkan,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah...

Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan...

Bubar DUN Sabah: Ketua Menteri, 32 Individu Fail Notis Penarikan Permohonan Merayu

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan 32 individu lain menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar...