PM Panggil Mesyuarat Khas Kabinet Esok, Politik atau Pandemik?

Kapal Pelantar Minyak Karam

KUALA TERENGGANU: Sebuah kapal pelantar minyak M V Setia Kilas dilaporkan tenggelam di muara Kuala Terengganu, 11 pagi hari ini setelah hanyut dan merempuh...

COVID-19: Pengedaran Vaksin Tidak Saksama Ancaman Buat Negara Miskin – WHO

GENEVA: Tidak adil bagi populasi muda dan berkemampuan di negara kaya mendapat vaksin berbanding warga emas di negara miskin. Tegas Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros...

Tujuh Lelaki Ditahan Halang Dan Maki Anggota Polis

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung...

Bantuan RM500: Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon Kepada APAD

PUTRAJAYA - Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan...

Darurat: Boleh Pinjam Bangunan Untuk Dijadikan Depoh Sementara Bagi Kekang COVID-19

KUALA LUMPUR - Kesesakan di dalam penjara hingga boleh mengakibatkan penularan dan peningkatan kes COVID-19 dijangka dapat dikekang dengan adanya ordinan khas di bawah...

CYBERJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan memanggil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri esok (23 Oktober 2020) JAM 9.30 pagi tanpa memaklumkan sebarang agenda.

Mesyuarat ini agak luar biasa kerana kabinet baru sahaja bermesyuarat pada Rabu lalu.

Ada dua isu yang berkemungkinan menjadi keperluan Mesyuarat Khas kabinet iaitu sama ada untuk menguruskan pergolakan politik negara atau membabitkan masalah pandemik Covid-19 di Sabah yang semakin teruk.

Sejak dua minggu lalu kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tidak lagi mempunyai mandat yang mencukupi untuk meneruskan pentadbiran kerajaan. Bagaimanapun semalam UMNO mengumumkan kekal menyokong kerajaan PN dan menolak khabar angin sebelum ini bahawa mereka telah menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas mesyuarat kabinet semalam terdapat Menteri yang memberitahu ‘rangkaian rapat’ bahawa mereka perlu bersedia untuk pembubaran Parlimen seawal bulan depan.

Semalam SuaraTV melaporkan kemungkinan Muhyiddin akan membubarkan Parlimen pada Disember 2020 sekiranya terdapat halangan dalam kelulusan Belanjawan 2021.

Sumber-sumber rapat dengan kerajaan semuanya ‘menutup mulut’ mengenai agenda mesyuarat. Manakala beberapa pegawai menteri yang dihubungi juga tidak pasti mengenai agenda mesyuarat khas tersebut.

Namun satu sumber memberitahu SuaraTV bahawa mesyuarat khas ini kemungkinan membabitkan usaha menyusun semua strategi kementerian dalam membantu pemulihan Sabah yang terjejas teruk dengan Covid-19.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Kapal Pelantar Minyak Karam

KUALA TERENGGANU: Sebuah kapal pelantar minyak M V Setia Kilas dilaporkan tenggelam di muara Kuala Terengganu, 11 pagi hari ini setelah hanyut dan merempuh...

Tujuh Lelaki Ditahan Halang Dan Maki Anggota Polis

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung...

Bantuan RM500: Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon Kepada APAD

PUTRAJAYA - Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan...