PM Panggil Mesyuarat Khas Kabinet Esok, Politik atau Pandemik?

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...

Lelaki Merajuk, Jalan Kaki 400 Kilometer Selepas Bertengkar Dengan isteri

MILAN – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

Menteri Kewangan Kecewa Penarafan Malaysia Diturunkan

KUALA LUMPUR - Semakan semula penarafan ke atas Malaysia oleh Fitch Ratings adalah disebabkan impak negatif daripada pandemik COVID-19 ke atas kedudukan fiskal negara...

CYBERJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan memanggil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri esok (23 Oktober 2020) JAM 9.30 pagi tanpa memaklumkan sebarang agenda.

Mesyuarat ini agak luar biasa kerana kabinet baru sahaja bermesyuarat pada Rabu lalu.

Ada dua isu yang berkemungkinan menjadi keperluan Mesyuarat Khas kabinet iaitu sama ada untuk menguruskan pergolakan politik negara atau membabitkan masalah pandemik Covid-19 di Sabah yang semakin teruk.

Sejak dua minggu lalu kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tidak lagi mempunyai mandat yang mencukupi untuk meneruskan pentadbiran kerajaan. Bagaimanapun semalam UMNO mengumumkan kekal menyokong kerajaan PN dan menolak khabar angin sebelum ini bahawa mereka telah menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas mesyuarat kabinet semalam terdapat Menteri yang memberitahu ‘rangkaian rapat’ bahawa mereka perlu bersedia untuk pembubaran Parlimen seawal bulan depan.

Semalam SuaraTV melaporkan kemungkinan Muhyiddin akan membubarkan Parlimen pada Disember 2020 sekiranya terdapat halangan dalam kelulusan Belanjawan 2021.

Sumber-sumber rapat dengan kerajaan semuanya ‘menutup mulut’ mengenai agenda mesyuarat. Manakala beberapa pegawai menteri yang dihubungi juga tidak pasti mengenai agenda mesyuarat khas tersebut.

Namun satu sumber memberitahu SuaraTV bahawa mesyuarat khas ini kemungkinan membabitkan usaha menyusun semua strategi kementerian dalam membantu pemulihan Sabah yang terjejas teruk dengan Covid-19.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

PAS tak sertai Kerajaan baharu Perak -SU Agung

CYBERJAYA: Parti Islam Semalaysia (PAS) telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu. Menurut Setiausaha Agungnya, Dato' Takiyuddin Hassan, keputusan...

25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu

KUALA LUMPUR – Semua ADUN Barisan Nasional (BN) Perak sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan kesepakatan menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar baharu...