33 Orang Pelajar Sekolah As-Sofa Senawang Positif Covid-19

- Advertisement -

SENAWANG: Seramai 33 orang pelajar sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) di Senawang, Negeri Sembilan, telah disahkan positif Covid-19 semalam.

Menurut Pengerusi Pengelola STIAS Senawang, Abdullah Abdol Razak, keputusan positif tersebut diperolehi hasil saringan yang dibuat terhadap seluruh warga kerja dan pelajar di STIAS Senawang berikutan salah seorang daripada pelajarnya yang didapati positif Covid-19.

“Pihak pengurusan telah mengambil keputusan pantas kuarantin kendiri dengan tidak membenarkan warganya keluar daripada kawasan sekolah,

“Kami juga tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke kawasan sekolah sebaik sahaja mengetahui ada pelajarnya yang positif Covid-19,” jelas beliau didalam facebook rasmi STIAS.

Kesemua 33 orang pelajar tersebut telahpun dibawa ke pusat kuarantin khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dan menurut Abdullah lagi, baki pelajar dan warga kerja yang masuh belum mendapat keputusan juga sedang menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian daripada pihak KKM.

“Seluruh kawasan sekolah STIAS Senawang telah disanitasi dan kini sudahpun ditutup dan dikosongkan sepenuhnya,” katanya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat