Tak Minat Laporan Harian Pak Long, Sila Tutup TV Dan Smartphone – Zahida Zarik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan, mencadangkan kepada ahli parlimen Segambut DAP, Hannah Yeoh agar tutup televisyen dan smartphone jika tidak berminat mendengar laporan sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan), Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Zahida, beliau setuju hentikan sidang media harian, sekiranya ianya sekadar propaganda dan fitnah memburukkan pihak lawan seperti yang Pakatan Harapan (PH) pernah buat dulu.

Baginya, rakyat dibawah menantikan setiap kemaskini “update”harian berkenaan perkembangan Covid-19 yang disampaikan oleh Pak Long (Ismail Sabri) dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang begitu penting bagi mereka.

“Masa 22 bulan jadi kerajaan berapa banyak bantu rakyat? Selain RM30 ringek?,

“Kalau DAP tak berminat, sila tutup Tv dan smartphone kalian, simple,” catatnya dilaman facebook.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri digesa berhenti mengadakan sidang media hariannya sekiranya tiada pengumuman substanstif yang dapat membantu rakyat.

Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh kerana menurutnya, sidang akhbar bukan tempat untuk mempromosikan baju atau barang pameran di rak.

“Ini kerana semakin banyak yang diumumkan, orang awam menjadi semakin keliru.

“Hentikan kekeliruan, ia akan menghentikan Covid-19! Apa yang paling menakutkan kita ialah sekiranya Covid-19 tidak pun membunuh ekonomi kita, semestinya ketidakcekapan para menteri akan melakukannya!” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.  -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat