Maklumat 90% Positif COVID-19 Kerana Ke Pusat Beli-Belah Berita Palsu

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...

YBR Serah Bantuan Kesihatan Untuk Nur A’afiyah Humaitah (Video)

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan nasib yang menimpa adik Nur A'afiyah Muhammad Hassan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil menghulurkan bantuan berupa bekalan barangan perubatan...

Penceramah Ditahan Bantu Siasatan Noda Kenalan Instagram

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini pada...

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyangkal maklumat yang mendakwa hampir 90 peratus daripada mereka yang positif COVID-19 adalah individu yang mengunjungi pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya, selain sentiasa menyemak berita itu sama ada daripada sumber rasmi atau tidak.

“Perkara yang belum tentu sahih jika turut disebarkan dan sekiranya didapati tidak benar, anda juga boleh dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disiarkan di Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di talian 03-89115103 atau layari www.sebenarnya.my, sekiranya menerima berita yang diragui kesahihannya.

Hari ini tular berita palsu mendakwa 90 peratus individu yang positif COVID-19 merupakan mereka yang mengunjungi pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata setakat ini sebanyak 273 kertas siasatan dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung berita palsu berkaitan COVID-19.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 136 kes masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.

“Pada masa sama, sebanyak 398 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh PRP KKMM yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Ketua Armada Bersatu Pertahan Cadangan Supaya BNM Cetak Lebih Banyak Duit

PETALING JAYA - Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal menggesa pihak berkenaan tidak bingkas mengkritik saranannya agar Bank Negara Malaysia (BNM) ‘mencetak duit’ untuk...

Berita Berkaitan

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...