Malaysia Konsisten Kedaulatan Palestin Perlu Dipertahankan -Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn, berkata pendirian Malaysia tetap konsisten dan tidak berganjak menyokong hak rakyat Palestin untuk memiliki negara yang merdeka dan berdaulat.

Menurutnya beliau, keprihatinan Malaysia terhadap Palestin juga berada kekal tinggi dan pendirian ini tidak akan berubah sampai bila-bila.

“Pendirian Malaysia tidak berganjak, kita akan terus memberi sokongan hak rakyat Palestin untuk memiliki negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,’ tegas Hishammuddin di hadapan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ASEAN ketika mewakili Malaysia di Mesyuarat Menteri Luar bersama United Nations (UN), malam tadi, disini.

Dalam pada itu, Hisham juga mengingatkan Covid-19 telah mengugat keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat.

Baginya, bermusuh satu sama lain tidak membantu kita menang melawan pandemik ini.

“Permusuhan tidak bantu kita menang melawan wabak ini, ketepikan perbezaan dan bersatu merupakan jalan terbaik untuk kita selamatkan nyawa, membina harapan serta merancang semula masa depan yang cerah,” jelasnya lagi.

Ketika bercakap mengenai isu Rohingya, jelasnya Malaysia telah banyak membantu pelarian Rohingya di negara ini.

Pada masa ini kata Hishammuddin, Malaysia perlu menumpu kepada negara dan rakyatnya sendiri pada saat pandemik Covid-19 semakin membimbangkan.

“Beban dan tanggungjawab dalam isu Rohingya mesti dikongsi bersama semua pihak.

“Agensi PBB berkaitan wajib memainkan peranan terutama dalam menangani isu perdagangan manusia melibatkan pelarian Rohingya,” katanya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat