Syarikat MEX dan CXS jalin kerjasama strategik perkukuh keupayaan AI dan pembangunan modal insan

KUALA LUMPUR – Syarikat MARA Excellent Ventures Sdn Bhd (MEX) sebuah anak syarikat MARA Corporation Sdn Bhd bersama CXS Analytics Sdn Bhd (CXS) telah memeterai kerjasama strategik untuk memperluas penerapan kecerdasan buatan (AI), analitik data dan penyelesaian pembangunan modal insan.

MEX dan CXS dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata kerjasama berkenaan menggabungkan beberapa kekuatan rangkaian dan keupayaan pelaksanaan MEX dengan kepakaran teknologi, analitik dan AI yang dimiliki CXS sekaligus membuka ruang kepada pembangunan yang boleh memberi nilai tambah kepada ekosistem Majlis Amanah Rakyat (MARA) di samping diperluaskan kepada sektor awam, koporat dan organisasi lain.

“Antara potensi yang boleh diteroka termasuk penggunaan AI dan analitik bagi pembangunan bakat dan kompetensi, pemadanan latihan dengan keperluan sebenar tenaga kerja, peningkatan produktiviti serta penyediaan kecerdasan bagi menyokong keputusan pengurusan yang lebih pantas dan berasaskan data,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi MEX, Said Harull Nizam berkata kerjasama tersebut selaras dengan usaha MEX untuk memperkukuh keupayaan syarikat dalam menyediakan penyelesaian yang relevan dengan perubahan teknologi dan keperluan organisasi masa kini.

“Kerjasama ini bukan sekadar membuka peluang perniagaan baharu kepada MEX, malah memberi ruang kepada kami meneroka bagaimana AI dan analitik boleh dimanfaatkan untuk menyokong pembangunan modal insan, meningkatkan keupayaan organisasi serta memberi nilai tambah kepada ekosistem MARA. Keupayaan ini kemudiannya boleh diperluaskan kepada pasaran yang lebih luas,” katanya.

Pengarah Eksekutif CXS pula, Johnathan JS, berkata kerjasama dengan MEX menyediakan platform strategik untuk membawa teknologi dan kepakaran CXS ke skala yang lebih besar.

“AI seharusnya bukan sekadar teknologi, tetapi menjadi alat untuk membantu organisasi memahami bakat, mengenal pasti jurang kompetensi dan membuat keputusan yang lebih tepat. Bersama MEX, kami melihat peluang untuk membawa keupayaan ini kepada ekosistem MARA dan seterusnya kepada organisasi lain yang sedang melalui transformasi digital dan tenaga kerja,” katanya.

CXS merupakan syarikat teknologi dan analitik modal insan yang membangunkan penyelesaian berasaskan data dan AI, dengan pengalaman menyokong ekosistem pembangunan bakat serta kerjaya yang telah melibatkan lebih 300,000 pengguna.

Kerjasama ini turut meletakkan MEX dalam kedudukan untuk memperluas peranannya sebagai rakan strategik penyelesaian teknologi dan modal insan, dengan potensi untuk menyokong agenda transformasi dalam ekosistem MARA serta membawa penyelesaian tersebut ke pasaran yang lebih luas.

Melalui kerjasama ini, MEX dan CXS akan meneroka peluang dalam bidang AI, analitik data, pengurusan bakat dan kompetensi, pembangunan tenaga kerja serta transformasi digital, termasuk pembangunan penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan organisasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat