Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri Sembilan digantung tugas serta-merta – Ismail Lasim

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada hari ini 22 September 2026 (Selasa) telah mengambil ketetapan secara sebulat suara untuk menggantung tugas Datuk Mohd Zafir Ibrahim sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dan juga Datuk Muzalmah Mustapha Kamal selaku Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memaklumkan, Datuk Masri Razali (Pegawai Kewangan Negeri) dinamakan untuk menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri baru dinamakan oleh Ketua Setiausaha Negara.

“Manakala tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh Fahmi Adilah, seorang peguam bela dan peguam cara sehingga Penasihat Undang-Undang baru dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Notis penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Seterusnya, notis penggantungan Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Saya juga mengesahkan bahawa semua jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah masih kekal dan sah,” katanya.

Pada masa yang sama Ismail berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat