PM Nepal jamin akan teruskan ikhtiar cari 55 rakyat Malaysia terlibat bencana dahsyat – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Nepal Balendra Shah memberi jaminan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggerakkan segala ikhtiar untuk proses pencarian 55 rakyat Malaysia yang masih belum ditemukan dalam bencana dahsyat yang melanda negara itu bulan lalu.

Dalam perbualan telefon, Perdana Menteri menyampaikan keresahan dan harapan keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih menantikan kepastian mengenai nasib insan tersayang.

“Sebelum berlepas ke China pagi tadi, saya sempat mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Nepal Balendra Shah. Bagi pihak rakyat Malaysia, saya menyampaikan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan serta rakyat Nepal atas bencana dahsyat yang melanda negara itu bulan lalu.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Nepal, pihak berkuasa serta pasukan penyelamat yang telah bekerja keras dalam operasi mencari mangsa, termasuk 55 rakyat Malaysia yang masih belum ditemui.

“PM Shah menjelaskan bahawa keadaan di lapangan masih amat rumit, dengan skala bencana dan kemusnahan yang disifatkan seumpama tsunami.

“Dalam perbualan ini, saya menyampaikan keresahan dan harapan keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih menantikan kepastian mengenai nasib insan tersayang.

“Saya turut membangkitkan keperluan mewujudkan suatu mekanisme rasmi sekiranya mangsa tidak dapat ditemukan dan proses pencarian tidak dapat memberikan kepastian. Langkah ini penting bagi membantu keluarga yang terkesan menguruskan perkara berkaitan undang-undang, kewangan dan pentadbiran.

“Saya akan mengutus surat rasmi kepada PM Shah bagi memperincikan cadangan ini,” ujar Anwar.

Menurut Anwar lagi, Perdana Menteri Nepal memberi jaminan bahawa usaha pencarian akan diteruskan sedaya upaya, meskipun keadaan di lapangan semakin mencabar.

“Saya berharap segala ikhtiar yang digerakkan akan membuahkan hasil dan memberikan kepastian yang amat dinantikan, terutama buat keluarga kesemua 55 rakyat Malaysia yang masih belum ditemui,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat