Keterangan tidak cukup untuk dakwa Zamri Vinoth, Firdaus Wong – Azalina

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap dua pendakwah bebas, Zamri Vinoth dan Firdaus Wong Wai Hung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kertas siasatan berkenaan sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan arahan dan keputusan.

“Saya dimaklumkan bahawa AGC setakat ini mendapati tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan elemen kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang untuk mendakwa kedua-dua individu berkenaan di mahkamah.

“Kes jenayah, tidak seperti kes sivil, tidak tertakluk kepada had tempoh masa.

“Oleh itu, sekiranya terdapat perkembangan baharu pada masa akan datang, siasatan dan semakan lanjut terhadap kes ini masih boleh dijalankan,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat,pada Selasa.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang menyatakan mengapakah Zamri Vinoth dan Firdaus Wong belum lagi dituduh di mahkamah walaupun terdapat ratusan laporan polis dibuat terhadap dua individu ini.

Sebelum ini, polis menahan pendakwah bebas, Zamri Vinoth kerana disyaki menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran yang dimuat naik di Facebook, lapor BH.

Tahun lalu, Firdaus Wong mendakwa dipanggil oleh polis bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis yang dibuat ke atasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat