PM umum penghargaan buat rakyat 10.30 pagi Rabu, esok

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai 2025.

“Nantikan,” ujar Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil.

Pada 14 Julai lepas, perdana menteri telah memberi bayangan berkaitan perkara berkenaan dalam hantaran menerusi laman Facebooknya dengan memuat naik poster “Akan datang” bersama mesej: “Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku”.

Hantaran itu mencuri perhatian warganet yang kebanyakannya teruja menantikan pengumuman yang dijangka memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

Minggu lalu Perdana Menteri memberi bayangan penghargaan luar biasa kepada rakyat.

Beliau berkata Kementerian Kewangan sedang memperhalusi cadangan boleh diumumkan segera bagi meringankan beban rakyat di samping menangani isu-isu semasa.

“Tiap-tiap minggu pasukan Kementerian Kewangan meneliti langkah yang boleh diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa singkat dan boleh bantu tangani masalah rakyat.

“Kalau tidak Isnin, Selasa… bagi masa dua, tiga hari lagi untuk diperkemas. Nanti saya umumlah. Doakan yang elok-elok, insya-Allah,” katanya.

Anwar berkata kerajaan sedang mencari pendekatan terbaik untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup dengan keupayaan fiskal negara memandangkan perbelanjaan sedia ada bagi bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kenaikan gaji penjawat awam mencecah berbilion ringgit.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat