Tak patut izinkan orang politik campur tangan dalam Tabung Haji- Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak sepatutnya mengizinkan orang politik berkepentingan campur tangan dalam urusan Lembaga Tabung Haji (TH),” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibarhim.

Hal demikian Anwar menegaskan bahawa tiada keperluan Tabung Haji diletak di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan menambah baik pengurusan dan operasinya.

Sebaliknya, kata Ketua Pembangkang itu, TH boleh menukar kepada pengurusan yang cekap bagi memastikan operasi dan pengurusan terbaik.

“Kalau ada masalah pengurusan, mustahil tidak ada orang layak menguruskan TH dalam jutaan orang umat Islam ini.

“Yang menjahanamkan institusi ini ialah campur tangan orang.

“Keluarkan orang politik, selamat wang rakyat,” kata Anwar menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Beliau turut menegaskan, tidak perlu sama sekali BNM mengambil alih tugas menyelia TH.

Namun, satu pengurusan yang cekap adalah dituntut bagi mengurus dana yang mempunyai 9 juta pendeposit itu.

“Tidak perlu sama sekali BNM ambil tugas (TH), kerana banyak tugas BNM yang tak terkendali, seperti moratorium, pun belum selesai.

“Jangan bebankan BNM dengan hal-hal yang mungkin akan menjejaskan kepentingan umat Islam dan TH,” katanya dalam video berdurasi 4.59 minit itu.

Anwar turut memberi cadangan agar terdapat wakil daripada Kementerian Kewangan untuk berada dalam Ahli Lembaga Pengarah TH bagi melicinkan lagi pengurusan operasi dan dana itu.

“Segala usaha ini boleh dijalankan bagi menyelamatkan dana lebih 9 juta pendeposit dan membawa TH kembali ke era kecemerlangannya,” katanya.

Pada Ahad, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kerajaan bersetuju meletakkan TH di bawah kawal selia BNM bagi menambah baik pengurusan dan operasi TH secara menyeluruh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat