Sabah Mungkin Akan Gagal Capai Kekebalan Kelompok

- Advertisement -

Cyberjaya – Sabah mungkin gagal mencapai kekebalan kelompok jika peratusan mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 masih pada tahap sedia ada.

Menurut portal Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, hanya 990,681 orang penduduk Sabah yang telah berdaftar secara sukarela untuk menerima  suntikan vaksin Covid-19. Ini hanya merangkumi  35.9% penduduk Sabah yang dianggar berjumlah sekitar 3 juta orang.

Walaupun terdapat kritikan bahawa kadar vaksinasi di negeri tersebut rendah, namun jika diambil jumlah yang telah penerima vaksin dengan yang berdaftar, Sabah berada di tangga kelima terpantas selepas Labuan, Sarawak, Perlis dan Putarajaya.

Sehingga 21 Julai, seramai 500 ribu orang penduduk Sabah telah divaksin. Ini melebihi 50% jumlah yang berdaftar. Daripada jumlah tersebut pula, 368 ribu orang atau 36.9% daripada jumlah yang mendaftar telah mendapat dos kedua.

Jika angka ini terus kekal sedemikian sehingga hujung tahun nanti, Sabah adalah satu-satunya negeri yang akan gagal mencapai kekebalan kelompok. Selain Sabah hanya Kelantan yang gagal mempunyai pendaftaran melebihi 70% jumlah penduduk. Setakat ini pendaftaran di Kelantan mencecah 58.2%. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat