Sumbangan RM20 Juta kepada Nadir Yang Patut Ditanya – Ebit Lew

- Advertisement -

CYBERJAYA – Aktivis masyarakat terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menjelaskan bukan misi beliau ke Gaza yang sepatutnya dipersoalkan tetapi duit rakyat Malaysia yang menyumbang kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia yang perlu didedahkan.

Dalam sidang media secara langsung di Facebook sebentar tadi UEL menegaskan misi beliau ke Gaza adalah atas perbelanjaan sendiri dan sumbangan para sahabat.

“Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza, Palestin, tiada dana kerajaan dan NGO lain. Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat yang membantu.”

Sebaliknya kata UEL, Ketua Pegawak Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, yang mempersoalkan kos misi beliau yang perlu mengemukakan penyata bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,546FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat