Subsidi minyak masak tulen dimansuh, stabil harga barang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan bekalan bahan makanan di pasaran akan lebih stabil untuk jangka masa panjang kerajaan bertindak memansuhkan subsidi minyak masak tulen botol 2 hingga 5 kilogram bermula 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan di pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga.

Beliau berkata, bagaimanapun subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

“Sebenarnya program subsidi minyak masak tulen untuk botol ini hanyalah sementara. Ketika pelaksanaan pada 2021 itu kita buat dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.

“Bagaimanapun, ketika itu kerajaan berpendapat kita patut lanjutkan dan disebabkan itu ia dilaksanakan hingga kini. Kini kerajaan merasakan tibalah masa untuk dimansuhkan supaya boleh memberi fokus bagaimana untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Kerajaan boleh memberikan bantuan yang lebih bersasar, bagaimanapun segala bentuk bantuan ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai sesi dialog itu, Alexander berkata, ia dianjurkan bagi memberi penerangan kepada pemain industri dan persatuan pengguna terhadap situasi inflasi yang berlaku di negara ini.

Melalui sesi dialog berkenaan, terdapat pandangan dan cadangan yang diberikan antaranya untuk memperkasakan kesedaran pengguna dan mengubah cara hidup (lifestyle) dalam menghadapi kenaikan harga.

Beliau berkata, turut diajukan ialah mengenai isu kekurangan pekerja dalam sektor perdagangan pengedaran yang semakin kritikal dan meningkatkan kos operasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat