14 hari buka Parlimen cuma cadangan biro politik bukan MT UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa tempoh 14 hari yang diberikan UMNO supaya kerajaan memulakan langkah membuka semula Parlimen adalah pandangan biro politik, bukannya Majlis Tertinggi (MT).

Katanya, secara dasar, meskipun biro politik boleh mengemukakan pandangan, keputusan parti adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi – yang setakat ini belum bermesyuarat membincangkan isu itu.

Oleh hal yang demikian, kata Ismail, persoalan apakah tindakan yang akan diambil UMNO sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih tidak membuka Parlimen selepas tempoh 14 hari tersebut, belum dibincang dan diputuskan parti.

“Tak ada. Kita tak bincang,” katanya menjawab apakah UMNO akan keluar daripada kerajaan PN selepas tamat tempoh diberikan,” katanya memetik Malaysiakini.

Jelas Menteri Kanan Pertahanan itu, titah Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen perlu dibuka “secepat mungkin” telah ditafsir dengan pelbagai interpretasi, dan tafsiran biro politik UMNO pula terhadap secepat mungkin itu adalah 14 hari.

“Itu pandangan biro politik UMNO ya, bukan Majlis Tertinggi. Dari segi dasar, yang boleh memutuskan dasar adalah Majlis Tertinggi.

“Biro politik hanya mencadangkan, tetapi Majlis Tertinggilah yang akan memutuskan. Jadi cadangan (biro politik) Umno supaya 14 hari diadakan persidangan.

“Tapi soalnya, kalau tidak mengadakan sidang (dalam tempoh itu), akan jadi? Apa tindakan? (Itu) Tidak dibincang,” katanya.

Pun begitu, katanya, di pihak Umno, tidak ada percanggahan bahawa parti bersetuju agar Parlimen dibuka.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat pesara tentera Suria Mohamad, 59 bersama keluarnya yang tular tinggal di bawah jambatan Loke Yew sejak Nov 2019 beberapa hari lalu.

Suria sekeluarga kini ditempatkan sementara di dewan serbaguna Flat Sri Johor sebelum akan dipindahkan kemungkinan dalam minggu ini juga.

UMNO dilaporkan mengadakan mesyuarat biro politik parti itu pada malam Ahad (20 Jun).

Keesokan harinya, pada semalam, dalam satu kenyataan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan PN untuk memulakan langkah membuka Parlimen seperti yang diisyaratkan Raja-Raja Melayu.

Jika tidak, UMNO akan mengadakan mesyuarat khas majlis tertinggi bagi mencari “tindakan sewajarnya”.

Ini kerana, kegagalan PN melaksanakan titah raja-raja Melayu, kata Ahmad Zahid, adalah perbuatan menderhaka dan tidak menghormati institusi istana.

Ini susulan Istana Negara pada 16 Jun mengeluarkan kenyataan yang memetik pandangan Agong bahawa parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat