Inflasi Meningkat Kepada 4.7 Peratus, Dijangka Berterusan Hingga Suku Pertama 2022 – Ketua Perangkawan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Indeks harga pengguna (IHP) meningkat kepada 4.7 peratus pada April lalu, berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, ia merupakan inflasi tertinggi sejak 2018 dan trend itu dijangka akan berterusan sehingga suku pertama 2022.

Beliau berkata, peningkatan IHP keseluruhan ini didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan sebanyak 27 peratus, disebabkan kesan asas rendah pada tahun sebelumnya.

“Seperti sedia maklum, purata harga petrol tanpa plumbum RON95 menunjukkan peningkatan pada April 2021 iaitu RM2.05 per liter berbanding RM1.27 pada April 2020. Petrol tanpa plumbum RON97 meningkat kepada RM2.55 per liter berbanding RM1.57 dan diesel meningkat kepada RM2.15 per liter daripada RM1.49,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata, indeks perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain meningkat 3.1 peratus pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Kenaikan itu disebabkan oleh penamatan diskaun elektrik yang diberikan kepada pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bermula April 2020 dan berakhir Disember tahun lalu.

“Tambahan pula, indeks makanan & minuman bukan alkohol meningkat 1.9 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Ini disebabkan oleh kekurangan bekalan, permintaan yang lebih tinggi dan ketidaktentuan cuaca,” katanya.

Tambah Mohd. Uzir, walaupun indeks keseluruhan meningkat tetapi Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal meningkat 0.7 peratus pada April 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Enam negeri melepasi IHP nasional iaitu Terengganu sebanyak 6.3 peratus, Kelantan (5.7 peratus), Pahang (5.6 peratus), Kedah & Perlis (5.1 peratus), Negeri Sembilan (5.0 peatus) dan Johor (4.9 peratus). – UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat