Jangan jadikan darurat alat lindungi kelemahan kerajaan – Puad

KUALA LUMPUR – Jangan jadikan darurat alat untuk melindungi kelemahan kerajaan dalam mengatasi beban rakyat akibat perang Amerika-Iran, tegas Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, cadangan ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong amat mengarut.

“Perlukah pengisytiharan darurat untuk menangguh pilihan raya? Kalau tidak mahu buat Pilihan Raya Umum (PRU) tangguh sahajalah. Kenapa perlu isytihar darurat?

“Tarikh PRU adalah prerogatif Perdana Menteri. Suka hati Datuk Seri Anwar Ibrahim lah bila mahu bubar Parlimen.

“Sebab itu cadangan ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong amat mengarut. Anwar tidak perlu tiru cara Tan Sri Muhyiddin Yassin. Masa dia PM ke-8, dia isytihar darurat dan gantung Parlimen. Satu takut pilihan raya dan satu lagi takut kena hentam di Parlimen pasal cara atasi Covid-19 yang gagal. Kilang boleh dibuka tapi Parlimen ditutup.

“Jangan jadikan darurat alat untuk melindungi kelemahan kerajaan dalam mengatasi beban rakyat akibat perang Amerika-Iran.

“Media akan dikawal dan pengkritik boleh ditahan atas alasan fitnah, batu api dan penghasut,” tegas Puad.

Speaker DUN Johor itu mengingatkan, lebih bahaya jika darurat dijadikan kesempatan tender dilulus, dibatal dan dilantik kontraktor baru tanpa ketelusan.

“Itu dakwaan telah berlaku di zaman Muhyiddin semasa darurat dan Parlimen digantung,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat