Bangunkan Malaysia secara mapan agar tak berlaku bencana jejaskan rakyat- Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar pembangunan di Malaysia dapat dilaksanakan secara mapan agar tidak berlaku bencana yang menjejaskan rakyat.

Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Bumi 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bersempena sambutan ini, Seri Paduka Baginda menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama menghargai dan menghayati keindahan bumi tercinta ini.

“Seri Paduka Baginda turut menyeru kepada seluruh rakyat membudayakan gaya hidup lestari dan memelihara alam sekitar di sekeliling kita.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar pembangunan di Malaysia dapat dilaksanakan secara mampan agar tidak berlaku bencana yang menjejaskan rakyat,” titah Baginda dalam kenyataan Istana Negara pada Jumaat.

Susulan itu, Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat untuk bersama Baginda mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat