Agong, Permaisuri Berkenan Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Melaka

- Advertisement -

MELAKA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 1,600 rakyat di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini.

Seri Paduka, yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 7 malam.

Turut mengiringi adalah Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman serta Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan isteri Datin Seri Munira M. Yusop.

Seri Paduka Berdua turut berkenan menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.

Seri Paduka Berdua dijadual berangkat ke Majlis Menerima Menghadap Ahli-ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Hotel DoubleTree by Hilton, esok. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,596FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat