PH masih trauma jalin kerjasama dengan komponen PN – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Segala keputusan mengenai hala tuju dan kerjasama di luar kerangka Pakatan Harapan (PH) mesti diputuskan secara bersama oleh Majlis Presiden PH,” tegas Setiausaha Agung DAP.

Anthony Loke menyeru semua pimpinan dalam PH supaya membincangkan sebarang pandangan berkenaan kerjasama politik dengan pihak lain dalam mesyuarat Majlis Presiden PH dan bukannya melalui kenyataan terbuka untuk memastikan tidak ada kekeliruan di kalangan ahli dan penyokong pakatan pembangkang itu.

“Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyeru PH membuka ruang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN)

“Kenyataan tersebut merupakan pandangan peribadi beliau dan ia tidak pernah diputuskan dalam Majlis Presiden PH,” kata Ahli Parlimen Seremban itu.

Sebelum ini, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah memberitahu, parti-parti pembangkang masih berbincang dengan pemimpin UMNO yang lain.

Kata Ahli Parlimen Pulai itu, maksud tolak kerjasama dengan pihak ‘kleptokrat’ hanya merujuk kepada ‘kluster mahkamah’ sahaja.

“Kami masih mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin UMNO yang lain,” katanya.

Susulan itu, Anthony memberi reaksi bahawa
DAP berpendirian bahawa isu kerjasama antara PH dan PN dalam PRU-15 tidak timbul kerana PN merupakan sebahagian daripada blok kerajaan hari ini.

Kata beliau, konsep “khemah besar” yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang.

“Semua pihak dalam PH perlu menyedari bahawa adalah amat sukar kerjasama dengan PN dapat dijalin dengan latar belakang sejarah hitam yang pernah kami lalui dengan parti-parti komponen dalam PN,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat