Sultan Johor Titah SOP Aktiviti Menyelam Di Mersing Diperketatkan

- Advertisement -

MERSING – Penyediaan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti selam skuba di daerah ini perlu lebih ketat dengan menitikberatkan pelbagai perkara penting sebelum dikuatkuasakan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, penguatkuasaan SOP itu perlu memastikan perkara seperti lesen menyelam yang sah, rekod selenggara peralatan, rekod laporan terkini perubatan penyelam, insurans serta buku catatan rekod penyelam yang sentiasa dikemaskini.

“Saya meneliti dan memperhalusi setiap SOP berkaitan aktiviti selam skuba yang disediakan Pejabat Daerah Mersing serta Majlis Daerah Mersing bersama beberapa jabatan serta agensi penguatkuasaan lain.

“Saya juga telah bertitah beberapa perkara penting berkaitan aktiviti selam skuba dan turut menitahkan kepada Pegawai Daerah Mersing supaya turut melibatkan sama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Persatuan Selam Skuba Malaysia,” titah Baginda di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah di Istana Flinstones, Mersing, hari ini.

Pada pertemuan itu, Mohammed Shakib turut mempersembahkan kepada Baginda Sultan mengenai SOP aktiviti selam skuba dan aktiviti Island Hopping di Mersing.

Sementara itu, Sultan Johor turut berkenan mempengerusikan satu mesyuarat bersama wakil jabatan, agensi penguatkuasaan serta persatuan selam skuba dalam masa terdekat dalam memperhalusi setiap SOP sebelum dikuatkuasakan.

Susulan kejadian di perairan Pulau Tokong Sanggul baru-baru ini, Sultan Johor menitahkan semua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan sementara waktu sehingga kajian semula seluruh SOP keselamatan aktiviti menyelam di daerah berkenaan selesai.

Dalam kejadian itu, tiga penyelam ditemui selamat iaitu, jurulatih selam warga Norway, Kristine Grodem, 35 dan dua lagi warga Britain, Adrian Peter Chesters, 46 serta warga Perancis, Alexia Alexandria Molina, 18.

Namun anak kepada Adrian, remaja Belanda Nathan Renze Chasters, 14 dilaporkan sudah meninggal dunia dan masih belum ditemui sehingga kini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat