‘Mual Dan Menjijikkan Bila Golongan Kopiah, Serban Lobi Jawatan Mufti’

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin mendakwa terdapat golongan agamawan di negara ini sedang sibuk melobi untuk mengisi jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurutnya ketika ini sedang berlaku pertembungan antara pengikut aliran Asyairah dan Salafiyah, apabila masing-masing cuba menonjolkan tokoh masing-masing untuk mengisi jawatan tersebut.

“Semua pihak (sedang) menampilkan tokoh daripada aliran masing-masing. Semua pihak menampilkan tokoh mereka sebagai yang paling layak dan tokoh lain sebagai tidak layak. Lebih parah lagi, ada kempen untuk menampilkan tokoh aliran mereka dibuat.

“Kerja lobi-melobi berlaku dengan begitu hebat. Bukan tersembunyi lagi. Tidak sekadar di Facebook dan Twitter, turut berlaku kempen di peringkat WhatsApp dan Telegram.

“Jika kempen itu dengan cara angkat kehebatan tokoh masing-masing, mungkin ramai anggap memualkan. Manakan tidak, ia melibatkan orang-orang agama; orang yang kononnya menyeru masyarakat awam agar bertakwa kepada Allah,” tulisnya.

Kekosongan Jawatan Mufi Wilayah selepas Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama.

Wan Ji seterusnya menyifatkan kempen yamg dilakukan golongan berkopiah dan berserban itu sebagai jijik dan memualkan.

“Mereka dari kalangan yang sering kelihatan berkopiah, berserban dan berjubah. Mereka menyeru agar menjaga solat lima waktu, menjaga tahajud dan sebagainya.

“Realitinya, apa yang berlaku lebih memualkan, malah menjijikkan. Iaitu, apabila setiap mereka sudah seperti parti politik yang sedang bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Atas alasan perlu menjaga akidah umat, setiap pihak menghina, mencemuh dan mengeluarkan video-video tokoh yang tidak disukai dengan memberikan persepsi buruk – yang semuanya tidak ada lain hanya untuk membunuh karakter tokoh.

“Kalau Muslim biasa melihat pun sudah rasa jijik, bayangkan yang melihat itu adalah bukan Muslim,” tegasnya pula.

Wan Jie turut mendakwa perang antara dua kelompok ini bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini.

Pengikut fahaman Asyairah sering menuduh orang Salafiah sebagai Wahabi. Manakala kelompok Salafiah pula melabelkan aliran Asyairah sebagai ahli bidaah. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat