Duta Khas: Najib Sindir DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari menulis tentang bagaimana beliau seronok melihat gelagat parti DAP dalam soal perlantikan duta khas kepada negara lain.

Sebelum PRU14, DAP kata Najib berkata tidak akan ada lantikan politik jika mereka jadi kerajaan.

“Selepas PRU14, PM7 pun umum tiada lagi orang politik akan dilantik sebagai duta.

Tapi selepas itu dakwa Najib, cerita perlantikan Pengerusi DAP sebagai duta khas untuk China terbongkar dan diakui sendiri oleh Tan Kok Wai.

DAP jelas Najib selepas itu, mempertahan perlantikan Tan Kok Wai – walaupun sebelum PRU14 berkata tidak ada keperluan melantik duta khas kepada negara-negara lain.

Selepas itu kata Najib, Tan Kok Wai melantik Superman Hew Kuan Yau sebagai CEO Malaysia-China business council. Hew kemudian melepaskan jawatan itu selepas terbabit skandal komik propaganda yang dituduh sendiri kerajaan PH sebagai berunsur komunisme selepas komik tersebut diedar secara percuma kepada semua sekolah-sekolah di Malaysia.

Bila Gagalkrasi PH tumbang, Tan Kok Wai sendiri dipecat sebagai duta khas.

“Dan semalam, dia tuduh pulak penggantinya mendapat habuan politik kerana dilantik sebagai Duta Khas”, tambah Najib lagi.

Najib merumuskan:

1. DAP bantah
2. DAP janji tak ada lantikan politik
3. PH janji tak ada lantikan politik untuk jawatan Duta.
4. Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen dilantik sebagai Duta Khas.
5. DAP pertahankan lantikan pengerusinya sebagai Duta. Nafi lantikan politik adalah habuan politik.
6. DAP mengadu bahawa lantikan politik mereka dipecat oleh kerajaan PN dan dakwa pengganti dia mendapat habuan politik.
7. DAP bantah (repeat)

Menurut Najib, pada hematnya, soal duta khas dibayar elaun RM25,000 sebulan tidak penting kerana Tan Kok Wai sendiri pun dapat pendapatan RM 27,000 sebulan seperti diumumkannya sendiri.

Yang penting kata Najib, hasil dari tugasnya kerana pelaburan dengan negara China adalah amat besar.

“Selama 20 bulan Tan Kok Wai menjawat sebagai Duta Khas, apa hasil sumbangan dia”, tanya Najib.

“Yang kita tengok sumbangan dia yang paling gemilang ialah dia menulis pra-kata untuk komik propaganda Superman Hew yang seterusnya diharamkan seluruh Malaysia”, tulis Najib diakhir hantarannya.

Hantaran itu setakat ini telah mendapat lebih 5 ribu like, kurang sejam setelah dihantar. Majoriti netizen yang memberi komen dalam hantaran tersebut bersetuju dengan Najib mengenai isu tersebut.

Seorang komentar, A’ng Man menulis, “Kalau mereka buat semuanya boleh. Semuanya sesuci embun pagi..Itulah PH yg d terajui oleh DAP. Siapa masih tak tahu yg PH itu big boss nya ada lah DAP..Harap kita sedar apa yg telah PH lakukan selama 22 bulan waktu mereka berkuasa.. Sesiapa pun berkuasa ada hak melantik sesiapa yg mereka pikir berkemampuan utk jawatan yg d amanahkan. Yg penting adalah kebajikan rakyat d jaga dgn baik… Dan negara d takbir dgn cemerlang.. Syukur,sekarang PN yg memerintah..” – FB NajibRazak

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat