Warga Emas Tersilap Masuk Laluan Motosikal Angkara Aplikasi Navigasi

- Advertisement -

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas melalui detik cemas setelah kereta dipandunya ‘tersesat’ memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan di sini pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 11.06 pagi itu kemudiannya tular di Twitter menerusi video berdurasi 53 saat yang dirakam penunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan datang dari rumahnya di Tangkak, Johor untuk ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan mengikut panduan aplikasi navigasi.

Menurutnya, pemandu terbabit kemudian telah tersilap susur dan termasuk ke laluan motosikal bermula di kilometer 15.1 lebuh raya itu.

“Pemandu yang pertama kali melalui Lebuhraya Persekutuan itu terus mengikut panduan navigasi di laluan tersebut dan keluar semula ke jalan utama di kawasan Petaling Jaya.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain dan kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas Baharudin, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat