1.66 Juta Pemilih Di Sabah Layak Mengundi Pada PRU-15

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Sejumlah 1,667,061 orang pengundi berdaftar di Sabah layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi baharu yang berusia 18 hingga 20 tahun pula adalah seramai 131,458 orang.

Pengundi yang teramai pula terdiri daripada golongan yang berusia 21 hingga 29 tahun yang membabitkan sejumlah 404,588 orang.

Sementara itu, kumpulan umur kedua teramai adalah pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun yang terdiri daripada 391,927 orang.

Bilangan pengundi berdaftar yang paling sedikit ialah golongan yang berumur 90 tahun dan ke atas iaitu 15,542 orang.

Parlimen yang mencatatkan bilangan pengundi berdaftar paling ramai adalah Sepanggar dengan 105,969 orang, diikuti dengan Lahad Datu yang mempunyai 98,505 orang pengundi dan Tawau dengan 86,972 orang pengundi.

Bagi Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan pula, seramai 44,319 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada PRU-15. Bilangan pengundi berusia 18 hingga 20 tahun adalah 3,296 orang.

Semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, bilangan pengundi berdaftar yang layak mengundi adalah seramai 1.12 juta dengan 1,103,646 adalah pengundi biasa. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat