Lawatan PM Ismail Sabri Ke Thailand Bakal Perkukuh Kerjasama Dua Hala

- Advertisement -

BANGKOK – Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh kerjasama dua hala pasca COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan Ismail Sabri akan mengadakan mesyuarat dua hala di Rumah Kerajaan pada Jumaat.

“Lawatan itu juga memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan cara untuk memperkukuh lagi kerjasama dua hala, khususnya untuk merancakkan semula ekonomi kedua-dua negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kedua-dua pemimpin turut akan bertukar-tukar pandangan mengenai pengukuhan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama, seperti keselamatan, perkongsian ekonomi dan kesalinghubungan di sepanjang sempadan, serta kerjasama dalam ASEAN dan kerangka kerja pelbagai hala yang lain,” katanya.

Thanakorn berkata kunjungan itu adalah lawatan pengenalan Ismail Sabri selaras dengan tradisi ASEAN bagi pemimpin baharu yang memegang jawatan.

Lawatan tiga hari itu, adalah yang pertama sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri Ogos lalu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat