Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 (JPB 2022) untuk memantau pelaksanaan dan prestasi inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu kerajaan juga mencadangkan penyelesaian, intervensi dan perubahan polisi yang sesuai bagi memastikan pelaksanaan sempurna Bajet 2022.

“Proses pemantauan juga akan melibatkan kerjasama rapat dengan kementerian dan agensi pelaksana bagi memastikan penyaluran manfaat Bajet 2022 dan penyampaian perkhidmatan awam yang efisien dan efektif. Selain itu, JPB 2022 juga akan meneliti tahap keberhasilan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2022 dan akan mempertimbangkan semula jumlah peruntukan bagi inisiatif-inisiatif yang berkaitan, jika perlu.

“Pakar-pakar industri dan subject matter experts akan dijemput menghadiri mesyuarat JPB 2022 untuk memberi maklumbalas profesional, jika perlu. Kerajaan juga mengalu-alukan maklumbalas dari rakyat, sektor perniagaan dan masyarakat sivil mengenai pelaksanaan Bajet 2022. Sehubungan itu, maklumbalas boleh dikongsi melalui talian ‘hotline’ 03-88824666.” katanya melalui kenyataan media.

Dalam pada itu, berkaitan dengan bencana banjir, Ismail Sabri berkata, ianya meninggalkan impak yang lebih teruk dari tahun-tahun sebelum ini.

Kerajaan ingin menegaskan bahawa pelaksanaan agenda kelestarian juga telah diberi perhatian khusus di dalam penyediaan Bajet 2022.

“Bajet 2022 telah memperuntukkan sejumlah RM450 juta bagi pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan biodiversiti.

“Penerbitan Sukuk Kelestarian bernilai RM10 bilion bagi mencapai strategi pembangunan mampan negara.” ujarnya.

Kerajaan juga berharap agar semua segmen Keluarga Malaysia akan bekerjasama di dalam menjayakan pelaksanaan langkah-langkah Bajet 2022 bagi kesejahteraan kita bersama, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat