‘Tambah cahaya mata, saya baru kuruskan badan’ – Fazura

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “InsyaAllah perancangan untuk menambah cahaya mata itu ada, tapi saya baru kuruskan badan”.

Demikian ulas penyanyi dan pelakon terkenal, Fazura, 39, apabila diajukan mengenai perancangan untuknya menambah cahaya mata.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia baru saja mendapat bentuk tubuh ideal selepas melahirkan cahaya mata sulung, Nur Fatima Aisya kini berusia setahun tiga bulan.

“Selepas bersalin, saya tidak terlepas daripada terkena ‘body shamming’. Namun, tidak semua memahaminya.

“Hanya kaum wanita yang sudah bergelar ibu saja memahami kepayahan dan kesusahan untuk menghilangkan lemak selepas bersalin.

“Mujur Fattah memahami dan menyerahkan (soal anak) kepada saya. Bukan apa, kerana dia tahu saya yang perlu mengandung dan berpantang…InsyaAllah,” katanya.

Terdahulu, Fazura mengulas mengenai perancangan cahaya mata kedua, ketika ditemui di majlis sidang media An Evening with Fazura & Besties di hotel di ibu kota, semalam.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.

Dalam perkembangan lain, Fazura turut berkongsi mengenai perancangan kerjaya seninya untuk tahun ini.

“Buat masa sekarang, memang saya sibuk sedikit dengan bisnes. Tetapi, ia tidak menjadikan saya lupa terus kepada bidang lakonan mahupun nyanyian.

“Ada skrip dan tawaran yang diterima tetapi saya perlu sesuaikan dengan jadual harian sebagai seorang ibu. Saya tidak mahu tinggalkan anak terlalu lama di rumah,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat