PM Ziarah Tun M Di IJN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

“Tiba di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi untuk menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di IJN.” Kata beliau melalui catatan Facebooknya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga sempat bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Tan Sri Mokhzani.

Ismail Sabri memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Tun Dr Mahathir.

”Saya bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya Tan Sri Mokhzani bertanyakan khabar dan keadaan Tun Mahathir.

”Saya mohon seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa kepada Allah semoga Tun Mahathir segera sembuh dan kembali sihat walafiat.” ujar beliau.

Sementara itu, kenyataan media anak perempuan Tun Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, keadaan ayahandanya kini stabil selepas menerima rawatan di IJN untuk lanjutan prosedur efektif yang dilaksanakan pada 08 Januari 2022 lepas.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga
memohon agar Rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya.” Katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat