Kasi bagus Bersatu dulu, PN tak perlulah beretorik di Sabah – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi menyelar slogan manifesto Perikatan Nasional (PN) yang mengangkat aspirasi “Kasi Bagus Sabah” yang akan dilancarkan hari ini.

Puad mendakwa sepanjang PN mentadbir empat negeri di Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak ada bagus.

Justeru Speaker DUN Johor itu mengingatkan PN supaya memulihkan kepincangan Bersatu sebelum beretorik di Sabah.

“Hari ini PN melancarkan manifesto mereka. Tema mereka ialah “Kasi Bagus Sabah”. Macam mana mahu kasi bagus Sabah kalau SG4 (Kedah, Kelantan, Trengganu dan Perlis) tidak bagus bagus pun.

“Sudah lama Kelantan dan Terengganu diperintah. Apa yang bagusnya? Kes jenayah menurun? Apa kejayaan ekonomi di SG4 setelah melantik Tun M sebagai penasihat ekonomi?

“PN tidak perlulah beretorik di Sabah. Bagi bagus parti Bersatu “lagi bagus”, selar Puad.

PN hari ini akan melancarkan manifesto dengan tema “Kasi Bagus Sabah” atau “Jadikan Sabah lebih baik” sebagai semboyan pilihan raya negeri itu.

Dalam pilihan raya negeri ini, PN bertanding di 41 daripada 73 kerusi negeri, dengan 33 calon Bersatu, lima calon Pas dan tiga calon Gerakan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat