Tanpa laporan rasmi lembaga disiplin boleh mulakan siasatan, PKR sahkan wujud aduan terhadap Hassan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin PKR boleh memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Saleh.

Tegas beliau, isu membabitkan anggota parti yang disiarkan dalam media boleh diambil sebagai aduan.

“Ini bermakna lembaga disiplin PKR boleh memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi,” kata Fuziah di Facebook pafa Khamis.

Dalam perkembangan sama, media melaporkan wujud aduan daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR terhadap ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang menyebabkannya dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti hari ini.

Justeru kata Fuziah, aduan disampaikan kepadanya itu berkaitan kenyataan dibuat Hassan secara terbuka.

Bagaimanapun, Fuziah tidak mendedahkan ucapan atau kenyataan dibuat Hasaan itu.

“Oleh itu, saya telah memajukannya kepada Lembaga Disiplin supaya perkara berkenaan dapat disiasat.

“Aduan boleh dibincangkan dalam mekanisme dalaman parti,” katanya.

Hassan dipanggil Lembaga Disiplin PKR atas dakwaan merosakkan imej parti kerana kenyataan terbukanya mengkritik kerajaan dalam penganugerahan rangkaian 5G kedua negara kepada U Mobile.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat