Indeks Kebebasan Media menurun: PM jelaskan terikat Majlis Raja-Raja Melayu, 3R

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penurunan ketara dalam Indeks Kebebasan Media negara tahun ini disebabkan terikat dengan hasrat dan ketegasan Majlis Raja-Raja Melayu untuk tidak dikritik secara terbuka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan membenarkan kebebasan bersuara namun Majlis Raja-Raja Melayu sangat tegas bahkan tidak mengizinkan sebarang kecaman di khalayak tanpa sebarang tindakan.

“Tentang Indeks Kebebasan Media, saya terima kerana kita juga terikat dengan masalah 3R (agama, raja dan kaum).

“Sementara kita (kerajaan) izinkan orang berbicara tetapi sidang Majlis Raja-Raja Melayu sangat tegas, jadi kita juga terikat dengan pandangan Raja-Raja bahawa mereka tidak mahu dan (tidak) mengizinkan sebarang kecaman di khalayak tanpa tindakan,” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Anwar malah memaklumkan, beliau sendiri dikecam bertubi-tubi namun tidak pula mengambil sebarang tindakan.

“Kalau dibangkitkan kecaman-kecaman terhadap saya berbakul-bakul, tidak ada tindakan.

“Tapi kalau ada laporan polis, biar polis uruskan, saya tidak mempedulikan sangat hal-hal sedemikian.

“Jadi saya terima teguran YB Pendang bahawa ada keperluan kita perbaiki persepsi ini, cuma kita ada keterbatasan itu saja masalahnya,” jelas Anwar.

Beliau berkata demikian semasa Waktu Soalan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi ketika menjawab soalan tambahan Awang Hashim (PN-Pendang).

Ahli Parlimen pembangkang itu membangkitkan kedudukan Malaysia yang jatuh 34 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 sekali gus menempatkan negara pada kedudukan ke-107.

Laporan yang dikeluarkan Reporters Without Borders (RSF) itu menunjukkan Malaysia mencatat 52.07 mata berbanding tahun lalu dengan pencapaian 62.83 mata.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat