Bukit Beruntung:Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan, telah mewakili Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek, dalam program Ziarah Prihatin hari ini. Dalam program ini, sumbangan telah disalurkan kepada dua keluarga yang terlibat dalam insiden membabitkan keselamatan dan kecederaan.
Ziarah Pertama
Lawatan pertama dilakukan ke rumah Adik Muhammad Asri bin Rosli, pelajar berusia 14 tahun dari SMK Taman Bunga Raya 1, kelas T2 Bestari. Beliau telah menunjukkan keberanian luar biasa dengan menyelamatkan rakanya dari kelas T2 Amanah daripada renjatan elektrik semasa sesi Pendidikan Jasmani. Keberanian dan tindakannya yang pantas mendapat perhatian dan penghargaan khas.
Ziarah Kedua
Lawatan seterusnya adalah ke rumah Adik Syamil Fareez bin Johari, mangsa renjatan elektrik yang berlaku pada 2 Oktober 2024. Akibat kejadian itu, beliau mengalami lecuran di bahagian tapak tangan setelah terpegang besi berhampiran tangga.
Program ini mencerminkan usaha kerajaan dalam menghargai tindakan keberanian, memberi sokongan moral kepada mangsa, dan memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan.