PM ucap takziah pemergian anggota bomba bantu mangsa banjir di Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh yang meninggal dunia ketika membantu mangsa banjir di Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka.

“Saya mendapat perkhabaran mendukacitakan dengan kehilangan seorang anggota bomba Mohd Diya Che Jusoh yang membantu mangsa banjir semalam di Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka telah kembali ke rahmatullah pada jam 3:11 pagi tadi.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh dan seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka.

” Didoakan semoga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” catat Perdana Menteri di Facebooknya pada Khamis.

Mohd Diya merupakan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras di Kampung Sungai Putat, meninggal dunia, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain berkata, anggota terbabit Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya Che Jusoh, 46, disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

“Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 3.11 pagi tadi oleh pegawai perubatan.

“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur Krubong, kira-kira 10 pagi nanti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras ketika membantu mangsa banjir kini bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata, ketika kejadian anggota berkenaan dipercayai hilang pertimbangan susulan arus deras ketika memasang tali untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Semalam, Perdana Menteri mengajak Keluarga Malaysia bersama-sama mendoakan Mohd Diya kembali pulih selepas tidak sedarkan diri akibat ditimpa kemalangan sewaktu menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat