Empat ADUN ‘Kontroversi’ Melaka Belum Mohon Sertai PH – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu empat ADUN kontroversi Melaka masih belum menghantar permohonan rasmi untuk menyertai pakatan pembangkang itu.

Hal demikian menurut Anwar, PH tidak mahu terburu-buru membuat keputusan berhubung hasrat empat bekas ADUN terbabit yang mahu bersama dengan pakatan berkenaan.

“Mengenai empat bekas ADUN itu ada dibincangkan (dalam mesyuarat Majlis Presiden PH).

“Namun, tiada apa-apa permohonan, maka perkara itu tidak dipanjangkan.

“Mereka belum memohon secara rasmi walaupun ada melahirkan hasrat untuk menyertai PH. Jadi, kami perlu tunggu dan tidak mahu bertindak terburu-buru,” katanya memetik BH selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, malam tadi.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Presiden PKR, ditanya mengenai kenyataan DAP yang tidak mahu bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dalam mana-mana parti komponen PH, Anwar berkata beliau menghormati pandangan parti itu.

“Kita faham (kenyataan DAP) itu. Oleh kerana perkara itu belum ke tahap perbincangan serius, kita tunggu,” katanya.

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Norhizam; Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) menyerahkan kepada pucuk pimpinan PH untuk menentukan tempat bakal ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Bagaimanapun, hasrat mereka bertanding atas tiket PH dikatakan ditolak rakan parti PKR termasuk DAP yang tidak mahu menerima Norhizam yang sebelum ini bersama parti itu sebagai calon PRN Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November serta tarikh mengundi awal pada 16 November selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat