Rentas negeri, ziarah keluarga punca R-naught naik di N9

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Negeri Sembilan meningkat kepada 1.04 dua hari lepas mencetuskan kebimbangan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, rakyat negeri itu serta pelancong dari luar diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan penularan Covid-19 seterusnya menurunkan kadar kebolehjangkitan.

Beliau tidak menolak kemungkinan peningkatan kadar kebolehjangkitan itu berpunca daripada kehadiran orang ramai terutama di kawasan tumpuan pelancong selain aktiviti ziarah keluarga yang dibenarkan sejak 11 Oktober lepas.

“Walaupun kenduri kahwin belum nampak besar tetapi keluarga balik kampung itu nampak ramai dan Port Dickson penuh, mungkin itu menjadi kebimbangan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dengan apa yang berlaku di Negeri Sembilan,” katanya memetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pada Rabu.

Tiga hari lepas, Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.04 diikuti Putrajaya (1.02), Kuala Lumpur (1.01), Selangor (0.97), Melaka (0.96), Perlis (0.94), Kelantan (0.92), Sabah (0.90) dan Johor (0.88).

Seterusnya, Terengganu, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat