Surat layang disebar, seru pengundi Cina tak undi calon BN untuk semak imbang Johor – Shu Qi

- Advertisement -

KLUANG – DAP mendakwa pihak lawan politik cuba menggunakan taktik kotor secara terancang dengan mengedar surat layang menyeru pengundi Cina untuk tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept ini.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi memberitahu, surat layang cetakan komputer dalam bahasa Mandarin diletakkan dalam peti surat di rumah penghuni Cina di Taman Sri Kluang, dan Taman Suria termasuk Taman Lian Seng dan Taman Pelangi.

“(Penyebar surat layang) pergi rumah ke rumah agih surat layang, agih risalah yang mendesak pengundi cina jangan keluar undi. Saya anggap ini adalah taktik kotor sebab dalam pilihan raya tidak kira PRK, PRN, tak kira mana-mana pihak kita menggalakkan pengundi keluar ramai-ramai mengundi untuk menyatakan niat mereka. Mereka pilih calon mana satu.

“Tapi saya anggap ini surat layang kerana kita tak tahu ia dari mana. Tapi kita boleh bayangkan kalau pengundi Cina tak keluar undi, pihak mana yang akan dapat manfaat.

“Jadi saya ingin mengecam pihak yang melakukan taktik ini kerana bagi saya, mungkin ada sekumpulan, seorang atau dua orang penyokong Pakatan Harapan (PH) yang mungkin tak puas hati sepenuhnya dengan isu baru-baru ini (Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Seputeh) yang berlaku. Tapi majoriti tidak akan jalan rumah ke rumah tengah malam untuk agih surat layang ini.

“Jadi yang sebar surat layang rumah ke rumah ni sebenarnya ada sekumpulan orang yang sistematik (organisasi) – terancang untuk lakukan,” katanya ketika sidang media pada Sabtu.

Dalam terjemahan surat layang berkenaan pengundi Cina digesa supaya tidak undi BN dalam PRK Mahkota supaya memberi pengajaran kepada Umno yang didakwa sombong sekali gus untuk semak dan imbang dalam Kerajaan Negeri Johor.

Susulan perkembangan terkini ini, Shu Qi yang juga ahli DAP meminta pihak penyebar surat layang berkenaan menghentikan gerakan tidak berdemokrasi itu.

“Minta hentikan, kita boleh bincang boleh berunding. Tapi yang suruh mereka tak keluar undi- taktik tak sesuai.

“Dalam PRK ini kita dapat tahu hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula dengan PRK Mahkota ni, mereka masih ingin tumbangkan kerajaan lagi.

“Jadi saya ingin seru pengundi yang ada hak undi di (DUN) Mahkota mesti keluar undi ramai-ramai menunjukkan niat bahawa kita nak stabilkan situasi politik dalam negara kita.

“Dia (kandungan surat itu) kata pengundi Cina seharusnya hukum Umno dengan isu yang baru berlaku, tapi saya rasa pucuk pimpinan kedua-dua parti (Umno dan DAP) semua sudah jelas ini antara mereka berdua. Menteri pun dah selesaikan isu ni. Jadi saya anggap ini sebenarnya ada orang yang cucuk belakang khasnya pihak lawan,” dakwa Shu Qi lagi.

Ujar beliau, pihak tidak bertanggungjawab itu sudah ketandusan modal politik malah berdepan kesukaran untuk meraih undi masyarakat Tionghua di Mahkota, justeru berkempen menghalang kaum itu keluar mengundi.

“Mereka tak ada modal politik dah. Mereka tak boleh dapat undi Cina, jadi yang paling baik untuk menang PRK kali ini, adalah dengan menyeru pengundi Cina jangan keluar mengundi.

“Jadi surat ini mereka tak berani sebar di kawasan lain. Mereka hanya sebar kat kawasan pengundi Cina, guna bahasa Mandarin yang dimasukkan dalam peti surat.

“Ahli DAP beritahu saya pagi ini, dia saksi pada tengah malam semalam (Jumaat)…ada orang jalan kaki tapi tak pakai baju mana-mana parti, ini (surat layang) gerakan terancang,” jelas beliau.

Dalam pada itu, mengulas lanjut Shu Qi berkata, sepanjang seminggu berkempen jentera Kerajaan Perpaduan sudah menjelaskan situasi politik semasa.

“Sepanjang seminggu kempen ni kami memang jelaskan apa situasi tapi kenyataan Muhyiddin seperti yang kita bayangkan, mereka nak gunakan PRK ini sebagai modal politik nak tumbangkan Kerajaan Perpaduan memang ini motif objektif mereka.

“Jadi saya mendesak pengundi Mahkota yang ingin Kerajaan Perpaduan terus mentadbir ekonomi negara kita, nak kukuhkan Kerajaan Perpaduan nak stabilkan politik, keluar undi pada 28 Sept kerana suara dan undi mereka adalah penting,” katanya lagi.

Ditanya adakah pengundi Cina akan protes dengan tidak keluar mengundi, Shu Qi menyanggah perkara itu sekali gus menganggap surat layang hanya mengelirukan pengundi.

“Setakat ni yang duduk sini (Mahkota) akan keluar hanya mungkin emosi tu, tu mood, kerana ada orang yang buat taktik kotor sebegini buat mereka keliru …kerana bagi majoriti pengundi Cina atau pun penyokong PH lah, mungkin ini kali pertama tiada logo Harapan (PH) dan tiada logo roket.

“Oleh itu, kita dah jelaskan banyak kali kenapa dan apa situasi sekarang hubungan antara satu parti dengan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan supaya mereka akan undi dan jangan salah pangkah. Jadi dengan ini (tindakan kotor) saya rasa lagi keliru.

“Itu sebab saya berharap pihak lawan yang guna taktik kotor ni tak yah la guna taktik ini lagi. Kalau kita nak menangi hati pengundi Cina, cakap lah apa yang mereka akan lakukan kalau mereka menang di kawasan ini, maksudnya kalau mereka berkuasa, jangan sengaja sebar surat layang,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat