Umno yakin surat layang direka orang luar Johor – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KLUANG – Umno yakin surat layang yang disebar kepada pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah dari pihak luar kerana konsep bangsa Johor itu sendiri meraikan semua bangsa dan agama.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, orang luar tidak berhak bercakap mengenai Johor kerana istimewanya konsep bangsa Johor yang dipraktikkan di negeri Darul Takzim itu.

“Saya rasa kita (Umno) meraikan semua rakyat tanpa mengira kaum selama ini.

“Johor ini dia istimewa kerana dia menggunakan model bangsa Johor. Konsep bangsa Johor ini dia tidak mengira kaum agama dan itulah apa model ataupun acuan yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) di Johor.

“…yang mana yang bawa suara tu, saya percaya itu daripada suara bukan orang Johor. Orang di luar, bahkan saya pun tak berhak bercakap mengenai Johor kerana istimewanya kerana dia bangsa Johor,” katanya ketika ditemui media, pada Ahad.

Semalam, ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mendedahkan surat layang yang diedar di perumahan pengundi Cina.

Di mana, dalam terjemahan surat layang berkenaan pengundi Cina digesa supaya tidak undi BN dalam PRK Mahkota supaya memberi pengajaran kepada Umno yang didakwa sombong sekali gus untuk semak dan imbang dalam Kerajaan Negeri Johor.

Susulan perkembangan terkini itu, Shu Qi yang juga ahli DAP meminta pihak penyebar surat layang berkenaan menghentikan gerakan tidak berdemokrasi itu.

Ditanya bagaimana Asyraf selaku Ketua Penerangan Umno akan membalas serangan surat layang berkenaan.

Beliau menegaskan, jentera Umno akan terus mempromosikan keunikan bangsa Johor.

“Kita hanya mempromosikan keunikan bangsa Johor.

“Ya itu yang kita guna. Nama pun surat layang, kalau kita layan, dia akan jadi melayang-layang,” bidas Asyraf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat