Jika benar anak jantan, bebaskan dulu perjanjian ikat ahli Parlimen, Pas gesa Anwar

- Advertisement -

KLUANG – “Jika benar-benar anak jantan, bebaskan ahli-ahli Parlimen daripada semua perjanjian yang mengikat, desak Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

“Beri mereka kebebasan mengundi mengikut pilihan sendiri.

“Nah kita tengok adakah Datuk Seri masih kekal ataupun tersungkur,” katanya sambil merujuk cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pembangkang bawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat, Oktober ini.

Fadhli malah mendakwa Anwar tidak berani pun berdepan usul undi tidak percaya.

“Sebenarnya kerajaan Datuk Seri bukanlah anak jantan jika berdepan dengan usul sebegini.

“Buktinya, ahli-ahli Parlimen kerajaan diikat dengan perjanjian terlebih dahulu sebelum usul percaya dibawa ke Parlimen Disember 2022 yang lalu,” bidasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas malah mempersoalkan sekiranya usul undi tidak percaya itu dikemuka akan dilayan oleh Speaker Dewan Rakyat.

“Datuk Seri (Anwar) cabar supaya bawa usul tidak percaya ke Parlimen.

“Boleh sahaja usul tidak percaya dibawa ke Parlimen, tetapi dengan Speaker yang ada, adakah ia akan dilayan dengan adil?

“Soalan lagi, sewaktu Datuk Seri desak Perdana Menteri sebelum ini letak jawatan, berapa kali Datuk Seri bawa usul tidak percaya ke Parlimen? Atau sudah lupa ingatan? Terima kasih kerana minta kami ajar Tuan Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) adab dan akhlak, saya juga nak minta Datuk Seri makan ubat untuk pulihkan ingatan jika ada masalah cepat lupa,” katanya.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

Perdana Menteri berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk melepaskan jawatan.

“Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum. Nak turunkan sila, saya beri jaminan, ada usul sidang Parlimen pertengahan Oktober (14 Oktober).

“Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.. sempat, kalau lambat pun saya luluskan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa perwakilan dan pimpinan Pas menuntut Anwar meletak jawatan pada Muktamar Tahunan ke-70 parti berkenaan di Temerloh, minggu lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat