“Parti politik tidak lagi memiliki pengundi” – TPM

KUALA LUMPUR – Parti politik pada zaman ini sudah tidak lagi seperti dahulu yang ada pengundi tetap kerana pada masa sekarang pengundi sudah boleh membuat keputusan yang berbeza pada saat akhir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata para pengundi ketika ini boleh mengubah keputusan antara Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Pilihan dibuat berdasarkan pada calon, prestasi kerajaan, isu setempat, keadaan ekonomi dan kemampuan politik memberikan penyelesaian kepada kehidupan mereka,” katanya dalam satu video Forum Better Nation hari ini.

Menurut beliau, jika dahulu anak muda dikatakan tidak bersama Barisan Nasional (BN) tetapi kini BN melihat banyak peti undi anak-anak muda kembali kepada BN.

“Tidak ada jaminan bahawa pengundi muda akan kekal dengan parti ibarat simpanan tetap untuk sesebuah parti,” katanya.

Ahmad Zahid berkata oleh sebab itu kita tidak boleh hanya meminta generasi baharu memahami sejarah perjuangan kita sebaliknya perlu memberikan mereka sebab untuk percaya kepada masa depan yang mahu kita bina.

“Kalau bahasa politik kita masih terperangkap pada zaman lalu tetapi mereka (golongan muda) sudah hidup pada zaman Tiktok, ekonomi gig, Threads dan AI, bukan mereka yang akan menunggu kita tetapi kita yang akan ditinggalkan oleh mereka,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat