Syarikat perlu ada ketelusan berkaitan data yang diperoleh kepada pelanggan, satu cara elak kebocoran data

KUALA LUMPUR – Syarikat atau platform yang mengambil data orang ramai sebagai sebahagian dari operasinya perlu mengamalkan ketelusan tentang tujuan data yang diberikan digunakan dan pihak mana data tersebut akan dikongsikan.

Ketua Bahagian Keselamatan Ericsson, Dr Connie Mcintosh berkata ketelusan ialah satu aspek yang amat penting dan ia adalah satu perkara yang amat baik jika kita melihat syarikat menyatakan secara telus tentang bagaimana data mereka ada digunakan bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.

“Orang ramai akan dapat memahami apabila mereka klik kotak bersetuju untuk berkongsi data dengan syarikat berkenaan, mereka akan mengetahui apa yang akan berlaku dengan data mereka selepas itu serta ke mana ia akan dikongsikan jika ada ketelusan.

“Pelanggan juga akan dapat mengetahui bagaimana data berkenaan akan disimpan dan juga apa akan berlaku serta siapa akan bertanggungjawab jika berlaku ketirisan data,” katanya.

Langkah ini penting kerana ia akan menentukan pihak yang akan memikul akauntabiliti jika berlaku kebocoran data.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai sesi dialog ke-2 pada International Regulatory Conference (IRC) 2026 di ibu negara, hari ini.

Menurut beliau, satu daripada cara untuk mengatasi masalah penjualan data ialah dengan mengenakan penalti atau denda kewangan kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan data berkenaan.

“Saya tidak melihat penalti melibatkan kewangan satu langkah yang paling tepat kerana ia boleh menjejaskan inovasi tetapi untuk pihak yang melakukan kesalahan penyebaran data berulang kali perlu ada satu undang-undang untuk menanganinya,” ujarnya.

Menurut beliau, orang ramai ketika ini sebenarnya tidak tahu bagaimana data mereka digunakan dan ke mana data mereka dikongsikan.

Tambah beliau lagi, kerajaan boleh mengambil langkah tertentu supaya syarikat atau penyedia platform berkenaan mengamalkan ketelusan.

“Saya tidak tahu adakah ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti tetapi memberikan ketelusan ialah bermaksud syarikat memberikan pelanggan mereka pilihan dan sebagai orang ramai mereka berhak dibenarkan memilih,” katanya.

Dr Connie diundang ke IRC untuk mengambil bahagian dalam sesi dialog sebagai panelis.

Dialog disertai beliau bertajuk ‘Sovereign data, empowered citizens – building trust, privacy and consumer rights in malaysia’s digital future’.

Turut sama sebagai ahli panel ialah Ketua Bahagian Penyelesaian (Perusahaan) Maxis, Chin Kok Loon, Ketua Hal Ehwal Luar Sea dan Shopee Malaysia Nik Emir Nik Mohamed Din dan Ketua Pegawai Pengurusan Risiko TNG Digital Foo Yeong Jin.

IRC 2026 berlangsung selama 2 hari bermula hari ini.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat