Sektor perikanan cecah 1.91 juta tan metrik, penyumbang kepada ekonomi & sekuriti makanan negara

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memaklumkan sektor perikanan Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2024 dengan pertumbuhan pengeluaran sebanyak 7.1 peratus (%), mencecah 1.91 juta tan metrik berbanding 1.79 juta tan metrik pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Hj. Adnan Hussain berkata, sektor perikanan negara terus menunjukkan daya tahan dan prestasi yang stabil dengan sumbangan signifikan kepada sekuriti makanan negara, pembangunan ekonomi pesisir pantai serta kesejahteraan rakyat.

“Seiring dengan itu, DOF melaksanakan Dasar Agro Makanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0) dengan penekanan khusus pada sekuriti makanan dan nutrisi secara menyeluruh.

“Di samping memperkukuh
kerjasama strategik bersama institut pengajian tinggi, sektor swasta dan kumpulan sasar bagi memastikan kelangsungan sumber perikanan negara secara lestari untuk generasi akan datang, ”katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, sektor ini terus menjadi antara penyumbang utama kepada sumber protein negara serta menyumbang RM11.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu 0.7 % daripada keseluruhan KDNK negara, dengan kadar pertumbuhan tahunan meningkat kepada 2.9 %.

Peningkatan pengeluaran turut disumbang oleh subsektor perikanan tangkapan yang merekodkan pendaratan sebanyak 1.39 juta tan metrik, naik 9.6 % berbanding

  1. Daripada jumlah ini, laut pantai menyumbang 1.18 juta tan metrik manakala laut dalam pula menyumbang sebanyak 210 ribu tan metrik.

Ujarnya, operasi penuh vesel perikanan zon C dan C2, terutamanya di kawasan pantai barat Semenanjung, menjadi faktor utama peningkatan ini.

Subsektor akuakultur pula menunjukkan peningkatan sederhana apabila pengeluaran meningkat kepada 511 ribu tan metrik berbanding 506 ribu tan metrik pada tahun sebelumnya.

“Walaupun berlaku sedikit penurunan dalam pengeluaran rumpai laut, akuakultur air tawar dan
air payau masing-masing menunjukkan pertumbuhan positif sebanyak 5.7 %dan 2.0 %.

“Pengeluaran daripada perikanan darat turut meningkat kepada 9,652 tan metrik berbanding 9,434 tan metrik pada 2023.

“Bagi subsektor ikan hiasan dan tumbuhan akuatik, pengeluaran menurun kepada 209 juta ekor ikan hiasan dan 21 juta ikat tumbuhan akuatik.

“Walau bagaimanapun, nilai keseluruhan sektor perikanan tetap meningkat daripada RM16.5 bilion pada 2023 kepada RM16.9 bilion
pada 2024, mewakili pertumbuhan sebanyak 2.5 %, ”ujarnya lagi.

Tambahnya, dari aspek perdagangan antarabangsa, nilai eksport hasil perikanan Malaysia berjumlah RM4.02 bilion, manakala import mencecah RM6.35 bilion, menunjukkan Malaysia kekal sebagai pemain aktif dalam pasaran perikanan serantau dan global.

Negara-negara utama destinasi eksport termasuk China, Vietnam dan Thailand, dengan produk utama terdiri
daripada hasil segar, disejukkan dan sejuk beku mengikut keperluan pasaran masing-masing.

Sektor ini turut melibatkan penyertaan tenaga kerja yang besar, termasuk kira-kira 106,000 orang nelayan dan 16,873 pengusaha akuakultur aktif di seluruh negara.

Namun, jumlah vesel penangkapan ikan menurun kepada 43,000 unit, dengan penurunan terbesar dicatatkan di Sabah.

“DOF komited dalam memacu pertumbuhan sektor ini melalui pendekatan bersepadu yang melibatkan pemodenan industri, pemerkasaan komuniti nelayan
dan penternak, pemuliharaan sumber marin serta peningkatan daya saing rantaian nilai perikanan tempatan, ”tambahnya lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat