Syed Saddiq Masih Sokong Kerajaan Perpaduan Tapi Lantang Kritik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau masih menyokong Kerajaan Perpaduan, walaupun bersuara menentang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa isu.

Lapor FMT, Syed Saddiq mempertahankan kritikan pedasnya terhadap kerajaan sambil menekankan ia penting untuk membina demokrasi matang.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau menyuarakan kebimbangan sebenar berhubung beberapa isu seperti peruntukan kawasan pilihan raya tidak sama rata, pemusatan kuasa dan lanjutan kontrak tanpa kelulusan Parlimen.

“Terdapat begitu banyak perkara yang saya bangkitkan secara konsisten, tetapi semasa saya membangkitkannya, adakah saya kata saya akan menarik balik sokongan (untuk kerajaan perpaduan)? Tidak.”

“Jadi, adakah saya akan terus lakukannya? Ya, kerana saya berada di sini kerana rakyat dan saya bertanggungjawab kepada pengundi saya untuk bersuara bagi memastikan Malaysia menjadi negara maju.

“Sejujurnya, ini kritikan membina yang disertakan penyelesaian dasar,” katanya.

Isnin lalu, Syed Saddiq mempertikaikan dakwaan perdana menteri bahawa Jemaah Menterinya bebas rasuah.

Katanya, kenyataan Anwar menimbulkan persepsi bahawa kes mahkamah melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan individu lain akan digugurkan – dakwaan yang dinafikan Anwar.

Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam kemudian menepis kenyataan Syed Saddiq dengan berkata, Muda kecewa PH tidak memperuntukkan kerusi kepada mereka pada PRN akan datang.

Lokman dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, “lebih terhormat” jika Syed Saddiq yang “bertindak seperti pembangkang” mengingatkan kerajaan perpaduan dan membuat haluan sendiri untuk Muda.

Bagaimanapun, Syed Saddiq tetap tidak berputus asa dan mahu terus bersuara serta memberi maklum balas kepada Kerajaan Perpaduan.

Ditanya sama ada calon Muda diarah mengelak bercakap mengenai sebarang topik, Syed Saddiq berkata, calon partinya diminta tidak menyentuh dasar kaum dan agama atau melakukan pembunuhan karakter.

“Fokus pada dasar, dasar, dasar dan dasar. Itu sepatutnya menjadi keutamaan. Mengkritik dan bercakap tentang apa yang kita boleh tawarkan dengan lebih baik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat