Mahkamah tolak Queen’s Counsel dari UK wakili Najib dalam kes SRC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi menolak permohonan untuk membenarkan kemasukan sementara QC Jonathan Laidlaw sebagai peguam di Malaysia.

Hakim, Kamal Akmal Md Shahid memutuskan Laidlaw gagal menunjukkan dia mempunyai kelayakan dan pengalaman khas untuk mengendalikan rayuan Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC.

Hakim menyatakan bahawa isu kes SRC mampu dikendalikan oleh peguam Malaysia,” lapor Malaysiakini.

Queen’s Counsel (QC) dari United Kingdom tidak akan mewakili Najib Razak dalam rayuan kes rasuah SRC International bekas perdana menteri itu.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Najib bagi membatalkan sabitan kesalahan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan RM42 juta daripada SRC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat